Jaga-jaga! China Rangka Undang-undang Baharu!

15,711

Badan pengawasan internet China telah menggubal undang-undang buat kali pertama untuk mengatur industri pemasaran streaming langsung negara itu serta meningkatkan pemeriksaan di pasaran e-dagang milik kumpulan gergasi teknologi Alibaba Group dan JD.Com.

Pada minggu lalu, China menerbitkan draf peraturan yang bertujuan untuk mencegah tingkah laku anti-monopoli oleh platform internet yang menghapus ratusan bilion dolar dari nilai beberapa syarikat gergasi teknologi termasuk Alibaba dan Tencent.

Untuk pengetahuan semua, pemasaran Livestreaming didakwa semakin popular dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini merangkumi jenama seperti L’Oreal, Nike, Dyson. Sementara itu, pembeli atas talian, dan kebanyakan platform e-dagang China kini menawarkan pilihan untuk membeli dan menjual produk melalui live streaming.

Tetapi industri tersebut juga berhadapan dengan kritikan oleh beberapa pembeli dan jenama yang menuduh beberapa penyiar langsung menyalahgunakan produk atau memalsukan nombor penjualan.

Oleh yang demikian, Pentadbiran Cyberspace of China (CAC) telah mendedahkan bahawa di bawah undang-undang yang digubal, streaming langsung perlu memberikan pengenalan nama sebenar dan kod kredit sosial ke platform internet yang mereka gunakan serta perlu menyerahkan laporan berkala kepada pihak berkuasa tempatan.

Di samping itu, organisasi berkenaan juga perlu memantau kandungan mereka secara berkala dan menghentikan sebarang iklan haram.

Tambahan daripada itu, tingkah laku seperti mempromosikan skim piramid, tabiat sosial yang buruk atau memalsukan paparan halaman akan dilarang dan platform tersebut perlu membuat senarai penilaian kredit untuk live streaming dan menyenarai hitam mana-mana syarikat yang melanggar undang-undang.

Sementara itu, Livestreaming banyak dipaparkan di Singles ‘Day, acara penjualan dalam talian terbesar di dunia, yang menyaksikan Alibaba mencatat pesanan bernilai sekitar $ 74 bilion dolar melalui platformnya pada 1-11 November.

Selain itu, orang ramai mempunyai masa hingga 28 November untuk memberikan respon terhadap rancangan peraturan CAC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat