Jaga-Jaga! Corak Harga Mula Berubah Pada Carta EUR/USD

329

US dolar kembali bergerak lemah pada dagangan Selasa semalam memberi ruang untuk mata wang Euro kembali bernafas semula setelah menahan asakan pengukuhan US dolar sejak penghujung minggu lalu.

Euro berjaya meningkat berbanding US dolar semalam walaupun data tinjauan ekonomi Jerman menerbitkan bacaan angka yang suram.

Sentimen pasaran yang dipulihkan dengan data pertumbuhan ekonomi China di sesi Asia semalam telah memberi kesan penyusutan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah kembali memaparkan corak peningkatan semula, berkemungkinan telah menamatkan corak bearish di awal minggu.

Setelah mencecah paras 1.09000 pada Isnin, harga berjaya meningkat semula semalam mencapai ketinggian sekitar 1.09800 sebelum perlahan di sekitar tersebut ketika menamatkan dagangan sesi New York.

Sesi Asia pagi ini (Rabu) melihatkan harga masih bergerak perlahan, namun harga yang telah berada semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat awal untuk pergerakan bertukar bullish.

Kenaikan diperlukan untuk melepasi paras 1.10000 sebelum pelabur boleh menjangkakan kenaikan lebih tinggi bakal diteruskan.

Paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.10700 akan dicabar dan jika berjaya, harga akan melanjutkan kenaikan mencatatkan paras tertinggi terbaru 1 tahun dengan sasaran seterusnya adalah pada 1.12000.

Sebaliknya jika harga menyambung semula terjunan di awal minggu, zon 1.09000 berkemungkinan boleh ditembusi untuk harga susut lebih rendah menuju zon sokongan pada 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat