Jaga-jaga! Microsoft Nak Buang Lebih Banyak Lagi Pekerja

335

Microsoft mengumumkan lebih banyak pemberhentian pekerja akan dilakukan selepas memberhentikan 10,000 pekerja pada bulan Januari.

Syarikat itu mengesahkan pemberhentian tesebut sebagai tindak balas kepada pertanyaan GeekWire, tanpa memberikan butiran.

Langkah ini dilihat sebagai penstrukturan semula bahagian perniagaan oleh Microsoft memandangkan tahun fiskal 2024 telah bermula.

Jurucakap Microsoft berkata bahawa pelarasan organisasi dan tenaga kerja adalah bahagian yang perlu dan tetap dalam menguruskan perniagaannya.

Tambahnya lagi, ia akan terus mengutamakan dan melabur dalam bidang pertumbuhan strategik untuk masa depan serta menyokong pelanggan dan rakan kongsinya.

Pun begitu, tiada maklumat tepat mengenai jumlah pemotongan kerja dalam pusingan baharu itu.

Dalam pada itu pada hari Isnin, Microsoft memfailkan notis yang mengatakan ia akan mengurangkan 276 pekerja di Washington, di mana 66 orang daripada jumlah itu bekerja secara maya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat