Jaga-jaga! Perancis Dah Mula Bersuara

767

Rundingan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) semakin rumit dan Perancis pula tegas tidak akan mengubah pendiriannya dan menentang sebarang perjanjian yang akan ‘menindas’ nelayan mereka.

Menteri Hal Ehwal Eropah Perancis, Clement Beaune, memberitahu dalam kenyataan terbaru pada hari Selasa bahawa dalam isu perikanan, tiada sebab untuk mengalah dengan tekanan daripada UK.

Beaune turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Perancis akan menggunakan kuasa vetonya sekiranya perjanjian yang ‘buruk’ dicapai dalam rundingan ini.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock mengatakan bahawa mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk apa jua hasilnya dan sedia untuk meneruskan tanpa kesepakatan sekiranya itulah yang diputuskan oleh EU.

Hancock mengatakan bahawa Perdana Menteri UK, Boris Johnson berusaha keras untuk mendapatkan perjanjian Brexit yang berfungsi untuk kedua-dua belah pihak.

Harapan pasaran kini diletakkan kepada PM Johnson yang akan bertemu Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada hari ini di Brussels selepas mereka gagal mencapai persetujuan ketika berbincang melalui panggilan telefon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat