“Hmm rasanya pelabur lagi sukakan kalau harga BTC bergerak volatile?”
Sejurus selepas mengukuh sehingga $35,960, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) kembali berlegar-legar di bawah $35,000 apabila para pelabur sedang menunggu laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan hari ini (Jumaat).
Hal ini kerana laporan NFP dapat memberi pertunjuk kepada pelabur dalam menentukan sama ada Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedah tinggi untuk lebih lama atau meningkatkan lagi kadar.
BTC baru-baru ini menyaksikan pergerakan turun naik sebagai tindak balas pada peristiwa makroekonomi, oleh itu keputusan Fed untuk mengekalkan kadar faedah stabil telah mendorong kenaikan harganya.
Menurut jangkaan pasaran, ekonomi AS mungkin telah menambah 180,000 pekerjaan pada Oktober 2023 tetapi perlu diketahui laporan September adalah dua kali ganda daripada jangkaan dengan penambahan 336,000.
Rentetan itu, harga BTC mampu melihat pullback sekiranya berlaku kejutan dalam keluaran NFP Oktober, bagaimanapun pelabur boleh menjangkakan BTC akan pulih daripada pembetulan dalam jangka pendek susulan sentimen sebahagian besarnya didorong oleh kemungkinan spot BTC ETF.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa BTC mampu mengalami turun naik jika laporan pekerjaan melebihi jangkaan, dan harganya mungkin akan tergelincir dahulu pada $34,028 sebelum meneruskan kenaikan di mana $36,671 serta $37,670 adalah zon rintangannya.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 3.08% pada paras $34,521 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $674 bilion tetap tetap mencatatkan pendakian 2.01% sepanjang minggu lepas.