Corak penurunan harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD untuk dua hari berturut-turut apabila berlaku perubahan pada pergerakan US dolar dari awal minggu.
Sejak Selasa lalu, US dolar mula dilihat pulih dan pengukuhan nilai diteruskan pada Rabu semalam disokong oleh data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Data tuntutan faedah pengangguran AS serta tinjauan keyakinan pengguna perlihatkan bacaan angka yang positif.
Namun pelabur masih kekal berhati-hati dan menilai sama ada US dolar sudah mula mendapat rentak pengukuhannya semula atau sekadar pembetulan harga dalam pasaran.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah akan diperhatikan sebentar lagi sementara data yang sama untuk AS akan diterbitkan pada Jumaat, berikutan pasaran AS ditutup hari ini sempena Thanksgiving Day.
Jika diperhati pada carta EUR/USD, harga telah mencatatkan ketinggian terbaru 3 bulan di sekitar 1.09600, namun harga telah berundur turun semula sehingga mencecah paras 1.08530 di sesi New York semalam.
Penurunan harga yang kini bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat awal untuk perubahan trend berlaku.
Sekiranya corak penurunan itu diteruskan, harga akan mensasarkan untuk mencecah paras 1.08000 dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Jatuh lebih rendah akan menjangkakan pergerakan bearish diteruskan harga menuju pula paras tumpuan 1.07000.
Namun, jika harga kembali melonjak untuk menyambung semula pergerakan bullish sebelum ini, kenaikan harga akan mencabar semula ketinggian dicapai Selasa lalu selepas melepasi halangan MA50.
Sasaran terbaru untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan adalah untuk menguji rintangan pada 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG