Jaga-Jaga USD Dah Naik Semula

854

US dolar mula mempamerkan peningkatan ketika pembukaan sesi Eropah, tetapi kekal diperdagangkan di sekitar paras terendah tiga minggu di tengah-tengah keyakinan terhadap rangsangan fiskal AS.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan stabil pada 93.14.

Rundingan mengenai langkah rangsangan fiskal AS masih menemui jalan buntu setelah Speaker Dewan Nancy Pelosi tidak bersetuju dengan cadangan Presiden Donald Trump untuk pakej bantuan bernilai $1.8 trilion walaupun ia hampir dengan jumlah yang ditawarkan Demokrat.

Cadangan Trump juga ditolak oleh Senat Republik yang tidak mahu lagi menambah hutang negara dan bimbang ia akan mempengaruhi undian ketika pilihan raya presiden pada bulan depan.

Di sisi lain, dagangan yuan pula jatuh setelah People’s Bank of China (PBOC) telah mengumumkan ia akan mengurangkan nisbah rizab keperluan menjadi sifar daripada 20%, untuk beberapa perdagangan hadapan pertukaran asing, berkuat kuasa pada hari Isnin.

Susulan itu, dolar Aussie dan dolar New Zealand masing-masing menyusut 0.3% dan 0.2% setelah mencatatkan peningkatan ke paras ketinggian hampir tiga minggu pada sesi dagangan hari Jumaat.

Sementara itu, matawang euro juga mula mencatatkan penyusutan ke bawah harga 1.8000 berbanding US dolar ditekan oleh kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di Perancis, Sepanyol dan Britain yang mencatatkan bacaan paling tinggi buat kali pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat