Janet Yellen Beri Amaran Jangan Guna ‘Duit KWSP’ Beli Kripto!

1,908

‘Mama Yellen sudah bersuara, amaran kepada rakyat Amerika supaya tak ‘terciduk’ pada hari tua nanti.’

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen beri amaran bahawa pelaburan kripto terlalu berisiko untuk pelan penabungan persaraan.

Perkara ini telah disebut oleh Yellen pada satu acara yang dianjurkan oleh New York Times di Washington, melibatkan pelaburan pelan 401(k) bagi penabungan persaraan AS.

Sebagai pengetahuan, pelan 401(k) adalah rancangan simpanan persaraan yang ditawarkan majikan AS kepada penabung seperti skim simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Malaysia.

Menyusuri rekod, Fidelity Investments dari Boston sebelum ini memperkenalkan pilihan kripto kepada rancangan persaraan yang telah ditentang kuat oleh Jabatan Buruh AS.

Menurut kenyataan Yellen, beliau tidak mensyorkan kebanyakan orang untuk gunakan kripto sebagai pelaburan persaraan mereka kerana didakwa terlalu berisiko.

Ini kerana persekitaran pasaran kripto yang tidak menentu ditambah dengan ketiadaan rangka kerja khusus untuk mengawal dan menyelianya telah menyebabkan ia terdedah kepada risiko turun naik yang besar.

Perkara ini boleh dilihat dengan insiden kejatuhan TerraUST (USDC) baru-baru ini yang mencetus panik sehingga ada pelabur yang mengalami kerugian yang besar, selain menggesa supaya mengadakan peraturan melibatkan stablecoin.

Dalam pada itu, Yellen turut mengatakan telah menjadi tanggungjawab Kongres untuk menangani serta mengawal selia aset yang boleh dimasukkan dalam pelaburan pelan 401(k) tersebut.

Ulas beliau, ia adalah sesuatu yang munasabah untuk Kongres mengambil serius perkara ini sungguhpun beliau tidak mencadangkan sepenuhnya pelaksanaan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat