Jangan Main-Main! UK Boleh Dihukum Jika Langgar Perjanjian Brexit

384

Pertikaian terbaru antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK mungkin berakhir di muka pengadilan sekiranya Perdana Menteri Boris Johnson tekad untuk melanggar perjanjian yang ditandatangani pada Januari lalu, menurut pakar undang-undang.

Terdahulu, UK dilaporkan sedang merancang undang-undang baru untuk mengubah beberapa bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit yang membenarkan Britain untuk meninggalkan Kesatuan itu.

Sekiranya Britain didapati melanggar perjanjian antarabangsa tersbebut, EU dikatakan mempunyai kuasa untuk menghukum negara itu.

Mahkamah boleh menjatuhkan denda yang berat terhadap UK, menangguhkan sebahagian perjanjian pengeluaran, melancarkan perang perdagangan dengan pengenaan tarif atau mengenakan sekatan terhadap eksport Britain.

Menurut Catherine Barnard, seorang profesor undang-undang Eropah di Cambridge University menyatakan bahawa, disebabkan perjanjian tersebut adalah di bawah perjanjian antarabangsa, EU boleh mengenakan hukuman terhadap UK di bawah mekanisme penyelesaian pelanggaran perjanjian.

Krisis Brexit kembali meningkat pada Isnin setelah PM Johnson menetapkan tarikh akhir rundingan perdagangan pada 15 Oktober dan menyatakan pendirian beliau untuk tetap meninggalkan EU walaupun tanpa perjanjian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat