Jangan Risau! Perjanjian Brexit Boleh Dicapai – Rishi Sunak

227

Ketika Kesatuan Eropah (EU) dan UK masih berdiam diri mengenai sejauh mana rundingan perdagangan Brexit berjalan, Menteri Kewangan UK Rishi Sunak menyatakan harapannya bahawa kesepakatan akan dapat dicapai.

Sunak memberitahu pada hari Khamis bahawa beliau yakin dan berharap kesepakatan perdagangan Brexit dapat dicapai dengan Eropah.

Berbaki lima minggu sahaja lagi sehingga UK secara rasmi keluar daripada blok itu, kedua-dua pihak masih berusaha untuk mencapai perjanjian perdagangan yang akan menamatkan 5 tahun ketidakpastian yang dihadapi negara itu.

Beliau juga berharap supaya EU dapat melihat bahawa sebahagian besar dari apa yang diminta oleh Britain adalah perkara-perkara yang telah mereka persetujui dengan negara-negara lain.

Dalam pada itu, Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dalam kenyataan sebelum ini mengatakan bahawa blok itu bersedia untuk menghadapi kemungkinan no-deal Brexit walaupun beliau memberitahu terdapat beberapa kemajuan telah dibuat dalam rundingan.

Seorang pegawai yang terlibat dalam rundingan itu memberitahu bahawa kesepakatan antara kedua-dua pihak boleh berlaku, tetapi tidak mungkin dapat dilakukakn sebelum hujung minggu ini.

Keyakinan Rishi Sunak bagaimanapun gagal memberi kesan kepada para pelabur dengan menyaksikan sedikit penurunan dalam dagangan matawang pound pada awal sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat