Jangkaan Data Pekerjaan Australia Lemah, AUD/USD Teruskan Penurunan Lebih Rendah

359

Matawang komoditi dolar Australia terus mempamerkan pergerakan yang lemah dalam pasaran berikutan tekanan oleh sentimen pasaran yang berisiko.

Selepas ketegangan di Timur Tengah mulai reda, timbul pula isu wabak coronavirus yang mengancam ekonomi dan juga menjejaskan pasaran kewangan dunia.

Virus yang merebak awal di China dilihat menggugat kestabilan ekonomi kedua terbesar dunia itu dan secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap Aussie yang mana ekonomi Australia sangat sensitif terhadap perubahan ekonomi di China.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga telah memaparkan corak penurunan sejak minggu lalu.

Menarik perhatian pelabur apabila harga telah berjaya menembusi zon support 0.68500 pada sesi New York semalam. Sebelum itu, paras tersebut telah diuji pada awal sesi Eropah namun pantul semula selepas gagal menembusinya.

Setelah naik menyentuh paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) harga telah kembali menyambung penurunan sebelum berjaya breakout support tersebut.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat menunjukkan penurunan namun momentum gagal diteruskan. Pergerakan harga perlahan bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Dagangan Aussie dijangka perlahan ekoran pelabur berwaspada menantikan laporan pekerjaan Australia pada sesi Asia pagi Khamis.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan, jangkaan paras yang bakal menjadi destinasi tumpuan harga adalah pada sekitar 0.68000 yang pernah dicecah pada Disember lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras 0.68500 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) yang baru bakal diuji.

Kenaikan melepasi paras tersebut dan juga halangan MA50, bakal menuju zon SBR lebih tinggi di paras sekitar 0.68800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat