Jangkaan Kenaikan Kadar Oleh Fed Gegarkan Pasaran!

1,794

Bukan pengurangan (tapering) seperti diharapkan, tetapi jangkaan hawkish terhadap peningkatan kadar faedah telah diberikan oleh Federal Reserve (Fed) susulan keputusan mesyuarat polisi FOMC awal pagi tadi.

Pernyataan ini telah memacu US dolar untuk melonjak ketara ke paras tertinggi enam minggu berbanding kebanyakan matawang utama, sementara pasaran saham Wall Street pula terjunam ke lautan merah.

Bank pusat telah membiarkan kadar faedah dan program pembelian bonnya tidak berubah seperti yang dijangkakan secara meluas, tetapi para pembuat dasar memberi isyarat mereka menjangkakan dua kenaikan kadar pada akhir 2023.

Pengerusi Fed, Jerome Powell mengatakan bahawa kemajuan dalam vaksinasi dan sokongan dasar yang kuat, telah mendorong peningkatan kukuh dalam aktiviti ekonomi dan pekerjaan.

Selain itu, bank pusat turut menawarkan perubahan ketara dalam unjuran ekonomi, di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS diramalkan meningkat 7.0% pada tahun 2021 daripada sebelumnya 6.5%, dan 3.3% pada tahun 2022.

Sementara itu, kadar pengangguran dilihat akan tetap pada 4.5% pada tahun ini, tidak berubah dari yang diunjurkan pada Mac. Namun, inflasi dilihat jauh lebih tinggi pada 3.4% pada tahun 2021 daripada 2.4% sebelum ini, tetapi dijangka perlahan semula kepada 2.1% pada 2022.

Dot plot, yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah, telah menunjukkan 13 dari 18 pembuat dasar memilih sekurang-kurangnya satu kenaikan kadar pada akhir 2023, berbanding tujuh pada bulan Mac.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat