Jatuh Ke Zon Support 1.1800, EUR/USD Catat Paras Terendah Terbaru 3 Bulan

571

US dolar dilihat masih berjaya mengekalkan pengukuhan selepas laporan minit mesyuarat FOMC diterbitkan pada awal pagi ini menjadi tumpuan para pelabur.

Berdasarkan minit, tiada petunjuk baru terhadap tempoh pengurangan pembelian aset (tapering) oleh bank pusat sementara beberapa penggubal polisi melihat ketidaktentuan pada unjuran ekonomi mula meningkat selepas beberapa data terbaru diterbitkan.

Pelabur juga mula berwaspada untuk situasi penyusutan semula US dolar ekoran kejatuhan ketara pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) sehingga mencecah ke paras 1.30%.

Sentimen pasaran berisiko dilihat masih menjadi faktor menyokong pengukuhan US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Hal ini turut memberi tekanan terhadap mata wang Euro yang turut bergelut selepas data-data ekonomi Jerman yang diterbitkan memberi gambaran pemulihan ekonomi yang sukar di Eropah.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat dilihat harga terus mencatatkan paras terendah terbaru untuk minggu ini mencecah ke zon support 1.18000-1.17800.

Harga yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga kekal memberikan isyarat untuk trend penurunan.

Pergerakan harga perlahan bersambung pada awal sesi pasaran Asia pagi ini (Khamis) berlegar pada zon support di bawah paras 1.18000.

Penurunan harga lebih rendah bakal dijangkakan untuk menuju pula ke paras sokongan sekitar 1.17200 sekiranya US dolar berjaya mengekalkan momentum pengukuhannya.

Sebaliknya, jika US dolar kembali melemah, kenaikan semula harga di atas paras 1.18000 melepasi halangan MA50 akan mendorong jangkaan untuk harga menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1.19000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat