Jepun Janji Nak Campur Tangan Lagi, Tapi Boleh Ke?

257

Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki memberi amaran pada hari Isnin bahawa pihak berkuasa akan bertindak sekali lagi untuk mengekang kerugian selanjutnya dalam dagangan yen.

Kenyataan tersebut hadir selepas Jepun campur tangan dalam pasaran mata wang pada Khamis lalu, dengan menjual US dolar dan membeli yen buat kali pertama sejak 1998.

Bagaimanapun, bekas pembuat dasar pula berpandangan bahawa kerajaan Jepun tidak mungkin campur tangan lebih kuat untuk menyokong yen, sebaliknya akan bertindak untuk mengekang kejatuhan mendadak mata wang itu.

Malah, campur tangan yang berulang juga boleh menarik perhatian Amerika Syarikat kerana ia bukanlah sesuatu yang baik untuk pasaran mata wang.

Pengukuhan dolar greenback, yang berpunca daripada jurang semakin meluas dalam dasar monetari AS dan Jepun, telah menjejaskan yen dengan ketara dengan meletakkannya antara mata wang Asia yang berprestasi paling teruk.

Bank of Japan (BOJ) setakat ini tidak menunjukkan sebarang petunjuk tentang rancangan untuk menaikkan kadar faedah daripada paras yang sangat rendah.

Terbaharu, Gabenor Haruhiko Kuroda yang turut memberi ucapan pada Isnin berkata bank pusat itu akan mengekalkan keadaan kewangan yang akomodatif.

Yen didagangkan berlegar di sekitar paras terendah 24 tahun, memadamkan beberapa keuntungan yang diraih selepas pengumuman untuk campur tangan dalam pasaran minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat