Jerman ‘Kecut Perut’ Dengan China!

850

Jerman telah menyekat pengambilalihan syarikat teknologi satelit dan radar IMST oleh anak syarikat pengeluar peluru berpandu , China Aerospace and Industry Group (CASIC) akibat daripada isu keselamatan nasional hari ini.

Walau bagaimanapun, jurucakap kementerian ekonomi Jerman enggan mendedahkan nama syarikat itu.

Namun, kabinet telah memberikan kebenaran kepada kementerian dalam pertemuan tertutup untuk menyaring dan menyekat pelaburan asing oleh pelabur bukan Eropah dengan alasan langkah itu dapat menimbulkan ancaman bagi keamanan nasional.

Meskipun begitu, jurucakap IMST enggan mengemukakan sebarang maklum balas berhubung isu berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, IMST, yang berpusat di bandar barat Kamp-Lintfort di North Rhine-Westphalia, mempunyai kepakaran khusus dalam bidang komunikasi satelit dan radar serta merupakan pembekal angkatan bersenjata Jerman.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat