Jerome Powell : Fed Tak Akan Benarkan Inflasi Kekal Tinggi

581

Ketika tumpuan pemain pasaran terarah kepada keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada sesi New York hari ini, teks ucapannya telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Menurut kenyataan yang tersedia itu, Powell berjanji untuk tidak membenarkan inflasi bertahan dalam jangka masa panjang dalam ekonomi Amerika Syarikat.

Powell, yang telah dicalonkan oleh Presiden Joe Biden untuk mengendalikan Fed selama satu penggal lagi, berkata bank pusat sangat komited dalam mencapai matlamatnya iaitu pekerjaan maksimum dan kestabilan harga.

Beliau juga memberitahu bahawa bank pusat akan menggunakan semua alat mereka untuk menyokong ekonomi dan pasaran buruh yang kukuh dan mengelakkan inflasi yang lebih tinggi daripada berakar umbi.

Jerome Powell yang biasanya dikenali sebagai pendirian dovishnya, telah berubah hawkish selepas melihat harga pengguna AS meningkat ke tahap tertinggi dalam 39 tahun sebanyak 6.8% pada bulan November.

Tambah beliau lagi, ekonomi AS dilihat berkembang pada kadar terpantas dalam beberapa tahun dan pasaran buruh semakin mengukuh. Ini dapat dilihat daripada data kadar pengangguran yang menunjukkan kejatuhan pada bulan Disember kepada 3.9%, terendah sejak Februari 2020.

Bagaimanapun, beliau juga mengakui bahawa cabaran masih ada, termasuk kos sara hidup yang tinggi.

Walaupun begitu, Powell berkata bahawa semasa penggal pertamanya di Fed, bank pusat itu terus memastikan sistem kewangan yang kuat dan berdaya tahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat