Joe Biden Dijangka Umum Perintah Eksekutif Mata Wang Kripto & CBDC!

656

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengeluarkan perintah eksekutif kepada agensi kerajaan untuk membuat kajian berkaitan kripto dan mata wang digital bank pusat (CBDC), bersama-sama pelan menyeluruh untuk menyelia aset digital.

Beberapa pihak akan turut terlibat dalam perlaksanaan perintah ini. Antaranya:

  • Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Negara, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan Kehakiman Dalam Negeri: menyediakan laporan mengenai masa depan sistem kewangan dan pembayaran.
  • Pengarah Pejabat Sains dan Polisi Teknologi: membuat penilaian teknikal yang diperlukan untuk menyokong sistem CBDC.
  • Financial Stability Oversight Council (FSOC): memantau risiko sistem dan mengkaji isu kestabilan kewangan digital yang berpunca daripada kripto.
  • President’s Working Group on Financial Markets: meninjau risiko sistematik stablecoins.
  • Securities and Exchange Commission (SEC), Commodity Futures Trading Commission (CFTC), Federal Reserve, Federal Deposit Insurance Corporation, dan Office of the Comptroller of the Currency (OCC): merangka pelan perlindungan pasaran daripada risiko mata wang kripto
  • Consumer Financial Protection Bureau, Federal Trade Commission, dan Office of the Attorney General: mengkaji kesan aset digital terhadap persaingan pasaran.

Sebenarnya perintah eksekutif ini telah pun ditandatangani Biden sejak pengambilan posisi presiden AS pada Januari 2021.

Sebelum ini, di bawah pemerintahan Donald Trump, sebanyak 220 perintah eksekutif dikeluarkan dan Barrack Obama pula mengeluarkan 276 perintah.

Apabila meneliti persamaan pemerintahan tersebut, kedua-dua presiden AS terdahulu jelas tidak gemarkan mata wang kripto.

Misalnya Trump pernah menyekat penduduk AS daripada melakukan transaksi mata wang, koin, dan token digital.

Manakala Obama pernah memberi isyarat yang pihak berkuasa dibenarkan untuk merampas aset digital yang terkait dengan aktiviti jenayah siber.

Sehinggalah Biden menggantikan Trump, perlaksanaan perintah penyitaan dana dan aset lain tanpa notis awal dilanjutkan dari Mac 2021 sehingga Aprill 2022.

Pun begitu, bagaimana dengan perintah eksekutif terbaharu ini? Adakah ia petanda baik atau sebaliknya?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat