JPMorgan Bersikap Waspada, Pelabur Runcit Punca Penjualan Pasaran Kripto Tercetus!

340

“Hmm kalau turun lagi bawah okay je, boleh la pelabur kaut lagi kan?”

JPMorgan, firma perkhidmatan kewangan multinasional Amerika Syarikat (AS) mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap pasaran mata wang kripto dalam masa terdeket ini disebabkan kekurangan pemangkin positif sementara dorongan runcit makin melemah.

Selain melihat aliran keluar dalam spot BTC ETF, JPMorgan turut mendedahkan para pelabur runcit telah menjual kripto dan ekuiti pada April 2024 yang menjadi punca harga Bitcoin (BTC) merudum sehingga $56,596.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pasaran kripto telah melihat pengambilan untung yang agak ketara susulan pelabur runcit memainkan peranan lebih besar dalam penjualan berbanding pelabur institusi.

Menerusi pemerhatian, pelabur jual spot BTC ETF berpangkalan di AS pada kadar terpantas pada hari Rabu semalam di mana 11 ETF melihat aliran keluar bersih terkumpul $563.7 juta yang terbesar sejak dana mula didagangkan pada 11 Januari 2024.

Berhubung pelabur institusi, sebahagian besarnya adalah trader momentum seperti penasihat dagangan komoditi (CTA) atau dana kuantitatif lain yang mengambil untung pada positions long melampau sebelumnya dalam BTC dan emas.

Meskipun begitu, penganalisis pasaran niaga hadapan mencadangkan pengurangan positions yang lebih terhad oleh pelabur institusi lain di luar dana kuantitatif dan CTA.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.69% pada paras $59,303 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 8.06% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat