JPMorgan Umum Tawaran Perkhidmatan Dana Kripto!

605

Laporan terkini menunjukkan bahawa JPMorgan telah memberikan lampu hijau kepada penasihat mereka untuk menawarkan perkhidmatan pendanaan kripto. Ini juga merupakan kali pertama Bank Amerika itu mengembangkan perkhidmatan kripto ini yang bukan sahaja mensasarkan pelanggan jutawan namun juga kepada pelanggan runcit.

Dalam memo yang diterbitkan, bank tersebut menyatakan sejumlah $ 630 bilion akan ditawarkan kepada pelanggan untuk membeli dan menjual untuk lima dana kripto. Ini merangkumi Grayscale Bitcoin Trust (GBTC), Osprey Funds’ Bitcoin Trust, Bitcoin Cash Trust, Ethereum Trust, and Ethereum Classic Products.

Perkara ini dilihat sebagai satu ‘klise’ dalam komuniti kripto kerana pada tahun 2017, ketua pegawai eksekutif JPMorgan, Jamie Dimon mengelar Bitcoin sebagai satu ‘scam’ namun sekarang institusi itu menawarkan dana kripto kepada pelanggan mereka. Dengan ini kita menyaksikan saban hari institusi kewangan tradisional mula menunjukkan minat ketara terhadap kripto.

Bukan sahaja JPMorgan namun bahkan bank tertua Amerika Syarikat BNY Mellon juga sedang berusaha untuk menawarkan solusi pelaburan kripto kepada pelanggan mereka.Dengan langkah yang diambil oleh gergasi Wall Street ini, pelanggan JPMorgan akan ada akses kepada dana-dana kripto.

Kepelbagaian ini dilihat akan menjadi pemangkin kepada sektor perbankan dimana bank-bank akan mula meniru langkah ini. Tambahan pula, ia juga memberi peluang yang saksama kepada pemain runcit untuk ikut serta dalam pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat