Jualan Q3 Cemerlang, Hermes Rancang Kenaikan Harga Lebih Besar

265

Pembuat beg Birkin Hermes dilaporkan bakal menaikkan harga produknya sebanyak 5 hingga 10 peratus pada 2023 susulan peningkatan mendadak dalam pertumbuhan jualan pada suku ketiga.

Sementara itu, pemilik Louis Vuitton LVMH berpandangan bahawa kebanyakan individu akan mula mengurangkan aktiviti pembelian disebabkan risiko kegawatan.

Namun Hermes menafikan perkara tersebut ekoran pembeli AS telah mengambil kesempatan dengan pengukuhan dolar AS dan China untuk membeli pelbagai barangan.

Menurut Hermes Eric du Halgouet, naib presiden eksekutif kewangan menyatakan bahawa syarikatnya akan mengalami kenaikan harga antara 5 dan 10 peratus ekoran peningkatan kos buruh serta mata wang yang berada dalam keadaan tidak stabil.

Difahamkan bahawa syarikat Hermes turut menaikkan sebanyak 4 peratus pada tahun ini dan 1.5-2 pada tahun-tahun sebelumnya.

Secara rekod, jualan bagi tiga bulan sebelum September berakhir telah meningkat sebanyak 24.3 peratus iaitu memperoleh 3.14 bilion euro ($3.07 bilion) dengan jangkaan penganalisis berganda 12 peratus.

Manakala di Asia, pendapatan telah meningkat sebanyak 34 peratus sepanjang tempoh tersebut, tetapi tidak bagi negara jepun.

Dalam pada itu, syarikat tersebut menegaskan bahawa jualan di China melonjak kukuh walaupun ditutup sementara waktu susulan langkah kebersihan di Macau, Chengdu serta Dalian pada Julai dan Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat