Jualan Runcit UK Merosot, GBP/USD Bakal Jatuh Ke Bawah?

279

Trader Pound mula bersedia dengan kejatuhan nilai mata wang itu apabila semakin muncul petanda pada carta pasangan GBP/USD yang menjadi tumpuan sejak awal minggu.

Pasaran menantikan perubahan trend harga untuk berlaku setelah bank pusat England (BOE) pada mesyuarat tempoh hari telah memberi isyarat untuk memulakan pemotongan kadar faedah pada Jun.

Pada Rabu lalu pula, inflasi UK menunjukkan perbezaan angka penurunan yang agak ketara walaupun tidak mencapai sasaran. Ini dilihat selari dengan rancangan pelonggaran dasar oleh BOE.

Namun, pergerakan harga pada carta GBP/USD dilihat masih bertahan di atas paras 1.27000 sejak awal minggu ini sehinggalah muncul petanda lebih jelas semalam untuk perubahan trend.

Dengan pengukuhan semula US dolar yang didorong oleh bacaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan, harga dilihat mula susut di bawah paras penting 1.27000.

Harga juga kini bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberikan isyarat untuk pergerakan trend bearish.

Sepanjang sesi Asia hari ini (Jumaat), harga bergerak mendatar dan perlahan di bawah paras 1.27000 dan menunjukkan tanda-tanda untuk jatuh lebih rendah berikutan data jualan runcit UK untuk April yang diterbitkan di awal sesi Eropah menunjukkan penguncupan yang lebih buruk dari jangkaan.

Namun pelabur berkemungkinan juga akan menantikan pergerakan US dolar di sesi New York malam nanti yang akan dipacu data-data yang diterbitkan seperti tinjauan keyakinan pengguna AS dan data pesanan barangan tahan lama.

Sekiranya harga menjunam dari paras 1.27000, sasaran adalah untuk mencecah zon tumpuan berikutnya pada 1.26000.

Jika masih tembus ke bawah, trend bearish diteruskan dengan sasaran beralih pula kepada 1.25000.

Namun, jika harga berjaya diangkat naik semula di atas 1.27000, masih ada potensi untuk corak kenaikan sebelum ini diteruskan.

Paras ketinggian 1.27600 dicapai pada Rabu lalu akan cuba diatasi untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru menuju zon 1.28000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat