Jumlah Bekalan Minyak US Masih Di Atas Tahap Sasaran OPEC

93

Harga minyak stabil di atas paras penutupan harga 9 minggu lalu, disokong oleh permintaan yang tinggi dan bekalan yang semakin berkurangan, namun masih dibawah tekanan hasil pengeluaran yang meningkat.

Minyak brent yang menjadi tanda aras harga minyak dunia susu 13 sen daripada penutupan harga minggu lepas atau 0.25%, kepada $51.97 setakat jam 10.45 pagi.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 5 sen atau 0.1% kepada $48.77

Bank ANZ berkara, harga minyak sekarang disokong oleh laporan bekalan minyak mentah daripada International Energy Agency (EIA) pada hari Rabu minggu lepas yang jatuh melepasi paras terendah sejak 2016. Walau bagaimanapun, bekalan minyak yang berjumlah 219 juta tong masih di atas paras purata 5 tahun, tahap yang disasarkan oleh OPEC dalam usaha menghadkan pengeluaran.

EIA turut menyatakan permintaan minyak bagi tahun 2017 meningkat kepada 1.5 juta tong sehari berbanding 1.4 juta tong bulan pada bulan sebelumnya, dan dijangka akan lebih berkembang pada tahun hadapan. Meskipun permintaan tinggi, bekalan minyak masih stabil kerana pengeluaran yang cepat.

Penggalian minyak US dijangka akan meningkat sehingga 300 ribu tong sehari pada Disember. Pengeluaran minyak dari West Texas dan New Mexico akan diawasi lebih ketat kerana pengeluaranya yang cepat memberi tekanan terhadap usaha OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak dunia.

Pada 11 Ogos lalu, syarikat tenaga Baker Hughes melaporkan penambahan  3 pelantar minyak baru menjadikan jumlah penggalian minyak sebanyak 768, paling tinggi sejak April 2015. Kadar penambahan masih bergerak perlahan sejak beberapa bulan yang lalu kerana harga minyak yang rendah memaksa syarikat untuk mengurangkan perbelanjaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat