Jumlah Kes Covid-19 Seluruh Dunia Melepasi 10 Juta – Ini Sentimen Terkini Pasaran!

356

Peningkatan kes baru jangkitan coronavirus di beberapa negara utama terus memberi tekanan kepada dagangan matawang berisiko yang mula menunjukkan sedikit peningkatan pada sesi pasaran Asia hari ini.

Menurut data rasmi yang diterbitkan Johns Hopkins University, jumlah kes Covid-19 terkini telah melebihi 10 juta kes, manakala jumlah kematian pula direkodkan sebanyak 501,206 di seluruh dunia.

Lebih 2.5 juta kes telah disahkan di Amerika Syarikat dengan Florida melaporkan satu lagi kes tertinggi pada Sabtu sebanyak 9,636 dan 8,577 tambahan pada hari Ahad. Sementara Texas yang juga merekodkan bacaan tertinggi menangguhkan rancangan pembukaan semula ekonomi.

Indeks dolar diniagakan sedikit menyusut berbanding sekumpulan matawang utama pada sesi Asia hari ini, tidak jauh dari paras ketinggian 4 minggu pada 97.46, pengukuhan yang diraih ketika dagangan minggu lalu.

Di sisi lain, dolar Aussie menokok sedikit namun masih didagangkan di bawah tekanan berikutan kes baru jangkitan di Australia terus mencatatkan peningkatan. Victoria, negeri kedua yang mempunyai populasi terbesar di Australia mengesahkan 75 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu di Eropah, pound didagangkan rendah ditekan oleh keraguan mengenai sama ada UK dapat mencapai perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Kesatuan Eopah (EU). Britain dilaporkan bersedia untuk menamatkan rundingan jika dengan syarat perjanjian seperti Australia jika tiada kesepakatan dicapai.

Australia tidak mempunyai perjanjian perdagangan yang komprehensif dengan EU. Sebahagian besar dari perdagangan EU-Australia adalah berdasarkan peraturan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) walaupun terdapat perjanjian khusu untuk barang tertentu.

Euro bakal merekodkan prestasi dua bulan terbaiknya berbanding US dolar dengan peningkatan 2.5% sejak awal Mei, yang mana sebelum ini ia diangkat oleh harapan terhadap tindak balas EU terhadap pemulihan ekonomi serantau dari kesan coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat