Just (JST) Kekal Beraksi Dengan Harga Memberangsangkan!

293

Just, kekal tampil dengan pergerakan harga yang memberangsangkan.

Sesi dagangan bulan September, Just kekal konsisten menghasilkan hampir 30% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $0.092 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Baru-baru ini, Just melancarkan integrasi perlombongan baru JustLend & JustSwap (Fasa IV) dimana sedikit sebanyak telah menyokong pergerakan harga Just bergerak secara konsisten.

Tempoh perlombongan tersebut dilancarkan pada 3 September sehingga 1 Oktober 2021 dan telah meraih perhatian para pelabur.

Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga JST/USDT.

Melihat dengan lebih jelas, JST telah menghasilkan lebih 60% lonjakan pada sesi dagangan bulan Ogos, namun pergerakan harga masih kekal konsisten sehingga sesi dagangan bulan September.

Pandangan sudut teknikal, Just dilihat masih kekal dengan momentum bullish dan sedang menguji zon resistance sekitar $0.090.

Jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga JUST kekal dengan momentum tersebut, zon resistance sekitar $0.090 bakal ditembusi dan membuat paras tertinggi terbaru berturut-turut.

Manakala, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.075 bakal diuji semula samada akan membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.

Sewaktu penulisan, JST didagangkan pada harga sekitar $0.089 dengan jumlah dagangan lebih $255 juta dalam tempoh 24 jam.

Lihat gambar carta matawang kripto JST/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat