Jutawan Hartanah Malaysia Lepaskan Jawatan Pengerusi Demi Kripto

654

Pengasas firma Country Heights Holdings Bhd (CHHB), Tan Sri Lee Kim Yew baru-baru ini mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan bermula 1 Januari 2021.

Lee menjelaskan minat dan fokusnya kini beralih ke pasaran matawang kripto. Segala urusan perniagaan itu akan diserahkan kepada barisan pengarah baru firma tersebut.

Sebenarnya sejak 2018 lagi jutawan tersebut mengusahakan tawaran syiling (initial coin offering, ICO) bagi matawang kripto firma itu sendiri, dikenali sebagai Horse Currency.

Ini bermakna, selepas ini usaha tersebut akan diteruskan oleh pertubuhan amal dan swasta, termasuk bank pelaburan dan Golden Touch Investment Bank miliknya.

Menurut Lee, usahanya itu telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Horse Currency akan dilancarkan pada hujung 2020.

CHHB tidak akan mengeluarkan matawang kripto, sebaliknya akan menerima matawang kripto.

Secara tidak langsung, CHHB menjadi menjadi syarikat tersenarai awam pertama di Bursa Malaysia yang menerima matawang kripto khusus seperti Bitcoin dan Ethereum bagi setiap pembelian produk dan perkhidmatana firma itu.

Lee percaya transformasi ini akan mewujudkan kerjasama yang utuh antara CHHB dengan rakan perniagaan lain termasuk Huawei Malaysia, Touch Point International dan Collinstar Capital.

Buat masa sekarang, CHHB didagangkan pada dua sen atau 1.8% lebih rendah pada RM1.09, dengan 5,700 saham terjual, membawa permodalan pasaran firma itu pada nilai RM300.5 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat