Kadar Inflasi Kanada Mencatat Kenaikan Melebihi Jangkaan Pada Bulan Januari!

209

Pada hari ini Jabatan Statistik Kanada telah mengeluarkan data kadar inflasi, didapati kadar inflasi tahunan Kanada mencatat peningkatan kepada 2.4% pada bulan Januari berikutan peningkatan harga petrol yang lebih tinggi.

Data yang dikeluarkan ini melebihi jangkaan penganalisis sebagaimana dalam tinjauan para penganalisis yang meramalkan kadar inflasi akan meningkat kepada 2.3% daripada 2.2% yang dikecapi pada bulan Disember.

Harga petrol Kanada telah melonjak 11.2% dari tahun ke tahun. Antara faktor yang mendorong kenaikan harga petrol adalah disebabkan kebimbangan atas bekalan global pada awal bulan berikutan kebimbangan oleh ketagangan antara Amerika Syarikat dan Iran. Namun peningkatan harga minyak mula terbatas disebabkan penularan wabak koronavirus COVID-19 di China dan di beberapa tempat lain.

Bank pusat Kanada telah mengekalkan pengamalan polisi monetari dengan mengekalkan kadar faedah semalamanya sejak Oktober 2018 walaupun beberapa rakan dangangan Kanada telah mengambil keputusan untuk menurunkan kadar. Matlamat bank pusat adalah untuk mengekalkan inflasi pada 2%. Walaubagaimanapun, pemain pasaran menjangkakan terdapat kemungkinan sebanyak 16% bahwa pemotongan kadar faedah akan berlaku pada bulan Mac.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat