Kadar OPR Bakal Diumumkan, Tanda Tarikh Keramat Ini Pada Kalendar!

452

‘Berdebar tunggu keputusan OPR ni sama macam berdebar tunggu result SPM.’

Pada 2 dan 3 November 2022, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan mesyuarat ke-6 dan seterusnya melaksanakan kadar dasar semalamannya yang terakhir untuk tahun ini.

Buat masa ini OPR negara disemak pada 2.50% dengan kadar inflasi 4.4% setakat Julai 2022 sementara pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (GDP) bagi suku ke-2 pada 8.9%.

Rentetan itu, beberapa penganalisis pasaran dilihat mengeluarkan unjuran dan pandangan mereka tentang perlaksanaan OPR serta prospek ekonomi menjelang 2023.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB)

Firma perbankan ini meletakkan unjuran satu lagi kenaikan 25 mata asas akan dibuat pada mesyuarat MPC nanti, dan menjadikan kadar keseluruhan pada 2.75%.

Menurut nota yang diterbitkan, BNM dijangka ingin membawa OPR ke paras sebelum Covid-19 iaitu pada 3% dalam usaha memastikan kadar 4% pada 2023.

Unjuran tersebut ditetapkan selepas mengambil kira lonjakan berterusan kadar inflasi, pemulihan pasaran buruh dan pertumbuhan GDP kukuh untuk suku ke-3 2022.

CGS-CIMB

Syarikat kewangan ini turut menyuarakan pandangan sama dengan meramalkan OPR negara akan dinaikkan pada 2.75% dan disemak mencapai 3% pada 2023.

Bagi menyokong perkara tersebut, syarikat menggariskan kelemahan pada nilai ringgit berbanding dolar akan menjadi penyebab utama kepada kenaikan 25 mata asas lagi oleh BNM.

Turut digariskan juga adalah kadar inflasi dijangka menyederhana berdasarkan penurunan harga komoditi global termasuk campur tangan kerajaan dalam produk makanan seperti ayam dan petrol.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB)

Institusi pembrokeran ini pula mengeluarkan pandangan berbeza dengan mengunjurkan OPR negara akan dikekalkan pada 2.5% pada mensyuarat November nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat