Kadar Pekerjaan di New Zealand Susut di Luar Jangkaan

93

Pasaran buruh di New Zeland menurun pada suku tahun kedua, dengan para majikan membuang pekerja untuk pertama kali sejak dua tahun.

Laporan daripada Statistik New Zealand, kadar pekerjaan secara kesuluruhan menurun 0.2% untuk bulan Jun, selepas meningkat 1.2% pada suku tahun pertama. Bacaan ini mengejutkan penganalisis ekonomi yang menjangkakan kenaikan sebanyak 0.7%.

Kadar pengangguran susut 0.1 kepada 4.8% seperti yang di jangkakan berikutan tuntutan terhadap pekerjaan menurun. Kadar tuntutan jatuh kepada 70% berbanding 70.6% suku tahun sebelumnya.

Kementerian Ekonomi juga menyatakan inflasi pendapatan meningkat 0.4% pada suku tahun kedua, berbanding 1.7% pada tahun lepas. Pendapatan tahunan dalam sektor swasta pula meningkat 1.6%.

Purata pendapatan setiap jam meningkat 0.6% daripada suku tahun pertama. Pada laporan tahunan pula, pendapatan meningkat sebanyak 1.6%.

Laporan suku tahunan pada bulan Jun ini menjadikan pendapatan pekerjaan meningkat selama tujuh suku tahun berturut-turut, menjadi tanda kepada keteguhan ekonomi di New Zeland. Walaupun perkembangan di lihat sedikit perlahan pada suku tahun ini, namun para penganalisis masih melihat ekonomi akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang.

Pasangan matawang NZDUSD (Kiwi) turun mendadak selepas laporan di keluarkan. Kiwi susut 0.6% atau 46 pips kepada 0.7423 setakat jam 9:50 pagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat