Kadar Pengangguran New Zealand Jatuh Ke Paras 4.5% Pada Suku Tahun Keempat 2017

339

Kadar pengangguran New Zealand jatuh ke paras terendah 9 tahun lalu pada suku tahun keempat 2017.

Kadar pengangguran jatuh kepada 4.5% bagi suku tahun yang berakhir pada bulan Disember. Kadar ini lebih rendah daripada bacaan suku tahun ketiga. Kadar suku tahun keempat merupakan kadar terendah sejak suku tahun berakhir Disember 2008.

Kadar pekerjaan pula meningkat sebanyak 0.5% pada suku tahun kepada 2.61 juta pekerjaan. Pakar ekonomi hanya mensasarkan 0.4% peningkatan.

Industri pekerjaan profesional, sainstifik, teknikal, pentadbiran dan perkhidmatan mencatat peningkatan terbesar iaitu 1/3 daripada pertumbuhan tahunan.

Inflasi upah sektor swasta meningkat 0.4% pada suku tahun keempat dan 1.9% setahun. Manakala inflasi upah sektor kerajaan naik 0.5% pada suku tahun keempat dan 1.5% setahun.

Matawang NZD mengukuh berbanding US dolar selepas laporan ini dikeluarkan dan mula mencatat penyusutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat