Kalau Macam Ni, Sampai Tahun Depan Tak Habis Pilihan Raya AS!

3,772

Kempen Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengemukakan tuntutan terhadap Dewan Pemilihan Daerah Chatham untuk menghentikan pengiraan undi di Georgia.

Setakat jam 10 pagi waktu Malaysia, 95% undi telah dikira di negeri utama itu dan Donald Trump mempunyai kelebihan kira-kira 1% berbanding pesaingnya, Joe Biden.

Bagaimanapun, menurut daerah yang masih belum dilapor dan pengundian yang tidak hadir (absentee ballot), pengundi Demokrat dipercayai mempunyai peratusan yang tinggi. Georgia mempunyai 16 undian elaktoral.

Ketua parti Republik Georgia, David Shafer dalam ciapannya di Twitter memberitahu bahawa beliau telah memberi kuasa kepada peguam untuk mengemukakan petisyen darurat terhadap Dewan Pemilihan Daerah Chatham bagi menguatkuasakan undang-undang pilihan raya dan mencegah pengiraan undi tidak hadir yang tidak sah yang diterima selepas hari pilihan raya.

Menurut tuntutan itu, seorang pemerhati tinjauan Republik menyaksikan 53 surat undi tidak hadir secara tidak sah telah ditambah ke surat undi tidak hadir yang sah di Chatham County.

Kempen Trump yang semakin terdesak itu sebelum ini telah mengemukakan tuntutan undang-undang untuk menghentikan pengiraan undi di beberapa negeri lain, Michigan dan Pennsylvania.

Selain itu, kempen Trump juga menuntut supaya undian di Wisconsin dan Michigan dikira semula susulan kemenangan tanpa dijangka yang berpihak kepada Joe Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat