Kalau USD Terus Lemah, EUR/USD Bakal Capai Ketinggian Terbaru 4 Minggu

280

US dolar memulakan dagangan pada awal minggu ini dengan penyusutan pada pembukaan sesi Asia pagi ini menyambung corak penurunan harga minggu lalu.

Minggu lalu menjadi minggu kerugian pertama buat US dolar dalam tempoh 2 bulan, ekoran pelabur mula mengambil keuntungan terhadap pengukuhan US dolar terdahulu yang didorong oleh peningkatan kadar faedah bank pusat.

Selain itu juga, sentimen pasaran yang berisiko dilihat sedikit menuju ke arah pemulihan dengan laporan sekatan pergerakan di China yang mula dilonggarkan dilihat bakal membantu pertumbuhan global semula selepas ini.

Dagangan bagi mata wang Euro pada minggu ini dijangka lebih bergelora dengan beberapa terbitan data ekonomi penting Eropah menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada Jun nanti.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan corak kenaikan harga yang positif pada minggu lalu dengan paras ketinggian dicapai adalah pada zon rintangan 1.06000.

Mencapai paras ketinggian tersebut, harga yang membuat kenaikan dari paras 1.04000 di awal minggu melengkapkan kenaikan mingguan 200 pips.

Walaupun gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi pada penutup dagangan minggu lalu, harga masih memberikan isyarat bullish dengan pergerakan kekal di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Dengan penyusutan berterusan US dolar pada pembukaan dagangan awal minggu ini, harga kembali membuat kenaikan menuju semula ke zon 1.06000.

Zon rintangan tersebut bakal terus diuji dan dijangka akan ditembusi untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi pada minggu ini menuju pula paras ketinggian sekitar 1.07000.

Kenaikan ke paras ketinggian tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu pada carta harga.

Namun jika sebaliknya harga mempamerkan corak penurunan semula pada minggu ini, paras sokongan awal harga dilihat pada zon 1.05000.

Penurunan lebih rendah selepas isyarat perubahan trend bearish akan mendorong harga menuju semula ke paras tumpuan harga awal minggu lalu sekitar 1.04000 sebelum menguji zon support pada 1.03500.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat