Pengertian Zakat Kripto
Mata wang kripto adalah mata wang yang dicipta berasaskan teknologi Blockchain dan teknologi digital.
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 17 Ogos 2021 yang telah memutuskan bahawa hukum menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital sama ada sebagai perantara pembayaran (medium of payment), pemindahan wang (remittance) dan aset simpanan adalah HARUS.
Hukum Mata Wang Kripto
Mata wang kripto dan aset digital adalah termasuk dalam kategori harta kerana ia mempunyai sifat ‘al-Mutaqawwim’ (mempunyai nilai) dan diwajibkan zakat berdasarkan dalil-dalil umum kewajipan zakat terhadap harta.
Mata wang kripto adalah bukan wang (legal tender) sama ada di sisi syarak ataupun undang-undang, namun ianya dikategorikan sebagai aset pelaburan atau sekuriti berdasarkan kepada Warta Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Kewangan.
Kewajipan mengeluarkan zakat ini tidak terhad kepada mata wang kripto dan aset digital yang diurusniagakan di platform dagangan (Digital Asset Exchange) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kalkulator Zakat Kripto
Kalkulator Zakat Kripto
Formula: Unit Coin × Harga Semasa (RM) × 2.5%













































