Kanada Catat Bacaan KDNK Terburuk Sejak Tahun 2009! Ini Rincian Pakar Ekonomi!

290

Jabatan Statistik Kanada baru sahaja mengeluarkan laporan mengenai Kadar Keluaran Dalam Negara (KDNK) pada suku pertama tahun 2020. Data menunjukkan Kanada mengalami prestasi ekonomi yang terburuk sejak 2009 apabila bacaan KDNK suku pertama merosot dengan banyak.

Hal ini adalah berikutan langkah perintah berkurung yang diambil oleh pentadbiran bagi menghambat penularan wabak Covid-19 sehingga menyebabkan kebanyakkan sektor perniagaan terpaksa ditutup dan pemberhentian pekerja.

Berdasarkan laporan Jabatan Statistik Kanada, KDNK Kanada jatuh sebanyak 8.2% setahun pada suku tahun pertama 2020. Sebahagian besar kejatuhan tersebut adalah didorong oleh kejatuhan kadar KDNK pada bulan Mac yang jatuh 7.2% apabila sekatan yang ketat dan perintah berkurung mula dikenakan termasuk penutupan sekolah, sempadan dan perjalanan.

Selain daripada langkah yang diambil oleh kerajaan, penurunan harga minyak dan isu mogok para guru pada bulan Februari turut mempengaruhi penurunan KDNK pada suku pertama.

Walaubagaimanapun,bacaan ini kurang daripada jangkaan para pakar ekonomi yang mensasarkan penurunan sebanyak 9 peratus pada bulan Mac dan 10 peratus setahun pada suku tahun pertama 2020.

Berdasarkan soal selidik Reuters, hampir keseluruhan pakar ekonomi menjangkakan Bank of Canada akan mengekalkan kadar faedah pada paras terendah 0.25% sehingga sekurang-kurangnya pada akhir tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat