Kanada Tidak Akan Berdiam Diri, Amerika Jangan Harap Terlepas!

532

Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengenakan 10% tarif ke atas produk aluminium Kanada telah membangkitkan kemarahan Ottawa dan beberapa perniagaan AS lain.

Ottawa bersumpah akan membalas tindakan tersebut ketika ketegangan antara dua negara semakin meningkat setelah hanya beberapa minggu perjanjian perdagangan bebas antara Amerika, Mexico dan Kanada (USMCA) mula dikuatkuasakan.

Ketika berucap di Whirlpool Corp di Ohio untuk mengetengahkan agenda perdagangannya ‘America First’, Trump mengesahkan bahawa beliau telah menandatangani pengisytiharan yang mengenakan semula tarif keselamatan negara; Seksyen 232.

Menurut beliau, langkah ini diambil kerana ia sangat diperlukan untuk mempertahankan industri aluminium Amerika dari lambakan import Kanada.

Bagaimanapun, pengumuman mengenai tarif ini dipercayai ada hubung kait dengan agenda beliau untuk meraih undi pada pilihan raya Presiden yang bakal diadakan November tahun ini.

Berikutan daripada pengumuman Trump, dolar loonie kembali mencatatkan penyusutan berbanding USD dengan diniagakan di sekitar harga 1.3350.

Kanada mempunyai kelebihan semula jadi dalam pengeluaran aluminium utama kerana bekalan tenaga hidroelektrik yang mencukupi.

Timbalan Perdana Menteri Kanada, Chrystia Freeland memberitahu bahawa pelaksanaan tarif ini akan menjejaskan pekerjaan dan ekonomi serantau yang telah dilemahkan oleh krisis pandemik coronavirus.

Beliau berjanji bahawa Ottawa akan membalas tindakan tersebut seperti mana yang pernah dilakukan pada tahun 2018 apabila Trump mengenakan tarif ke atas keluli dan aluminium Kanada.

Pada 2018, Kanada telah mengenakan tarif terhadap kesemua barangan Amerika yang bernilai $12.5 bilion sehingga memaksa Trup mengangkat semula tarif yang dikenakan sebelum itu pada 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat