Ke Mana Hala Tuju Emas Menjelang Hujung Minggu?

882

Harga emas sedikit meningkat pada sesi Asia dengan jangkaan bahawa logam kuning itu akan mencatatkan minggu terbaiknya dalam tempoh dua bulan setelah disokong oleh US dolar yang lemah.

Kelemahan US dolar berterusan walaupun para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) mengeluarkan kenyataan hawkish untuk menaikkan kadar faedah lebih awal dari dijangkakan.

Bacaan data inflasi yang diterbitkan minggu ini juga gagal merangsang US dolar, menyebabkan harga emas memanfaatkan peluang untuk meningkat selain turut mendapat sokongan sebagai lindung nilai inflasi.

Terbaharu, indeks harga pengeluar (PPI) dilaporkan meningkat 0.2% pada bulan Disember, sedikit tersasar dari jangkaan untuk kenaikan 0.4%. Bacaan ini juga menurun dari catatan

Walaupun sedikit menurun, tetapi angka ini masih dilihat tinggi sejajar dengan lonjakan inflasi ke tahap tertinggi 40 tahun.sebelumnya sebanyak 0.8%.

Pada sesi Asia, spot emas kekal didagangkan kukuh dengan berlegar pada sekitar harga $1,825 per auns.

Emas kekal disokong dengan baik dalam beberapa minggu kebelakangan ini walaupun hasil bon di seluruh dunia terus meningkat berikutan jangkaan pengetatan agresif daripada bank pusat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat