Ke Mana Hala Tuju Seterusnya Bagi GBP/USD Setelah Melonjak Lebih 100 Pips?

658

Penutup dagangan minggu lalu menyaksikan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD menampilkan lonjakan gah dan telah melepasi paras 1.35000 untuk memberi isyarat trend bullish.

Memasuki pembukaan pasaran pada sesi Asia hari ini (Isnin) nampaknya pergerakan harga sedikit merundum untuk kemungkinan menguji zon RBS (resistance become support) 1.35000 semula.

Penurunan itu turut mempamerkan bayangan untuk harga membuat HL (higher low) terbaharu sebelum corak uptrend yang lebih nyata bakal kelihatan dan dijangka akan rancak pada sesi Eropah kelak.

Menuju penutup dagangan minggu lalu, pergerakan harga telah pun mempamerkan kenaikan yang drastik sehingga melebihi 100 pips berikutan kelemahan yang dipaparkan oleh US dolar.

Walau bagaimanapun, lonjakan harga gas di UK dijangka bakal terus memberi tekanan kepada pergerakan semasa matawang Pound untuk terus pamer aksi kenaikan yang memberangsangkan.

Tetapi keputusan mesyuarat Bank Pusat England pada baru-baru ini melontarkan kenyataan berbaur hawkish yang mana ia dijangka berupaya menyokong matawang Pound kekal mengukuh.

Sekiranya harga pada carta GBP/USD terus disokong untuk mencatatkan peningkatan, zon SBR (support become resistance) 1.36000 akan menjadi hala tuju seterusnya untuk diuji.

Peningkatan yang lebih bergaya dijangka bakal menuju ke zon SBR berikutnya sekitar 1.37000 untuk memberi momentum lonjakan yang lebih jelas kepada para pelabur.

Manakala jika pergerakan harga pada GBP/USD gagal mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi, zon RBS 1.35000 berkemungkinan akan ditembusi untuk harga kembali menguji paras 1.34000.

Lihat gambar carta hanga pasangan matwang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat