Kebangkitan Projek Baharu, Berbilion LUNC Dibakar Hangus!

385

“Adakah projek ini dapat lonjakkan semula harga LUNC setelah sekian lama menderita?”

Projek baharu Terra Classic (LUNC) digelar DFLunc, iaitu protokol DeFi yang dilancarkan pada bulan April 2023 telah bertindak membakar sebanyak 2 bilion aset digital tersebut dalam masa dua minggu, di mana jumlah pembakaran secara keseluruhannya adalah 57.8 bilion.

Pada 1 Mei 2023, bursa mata wang kripto Binance turut dilaporkan membakar 1.27 bilion LUNC sebagai sebahagian daripada mekanisme pembakaran bulanannya tetapi masih tidak dapat mengatasi jumlah pembakaran DFLunc.

Selain menggunakan dua kontrak pintar bersandarkan CosmWasm dan CW20-DFC, protokol DFLunc adalah validators LUNC yang akan membenarkan pengguna mencetak token DFC mereka untuk membakar LUNC.

Protokol tersebut juga telah membahagikan rancangannya kepada peringkat berbeza sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menyasarkan pertumbuhan validator pada rangkaian LUNC.

Suka dimaklumkan bahawa pembangun utama LUNC digelar Joint L1 Task Force (L1TF) telah bersedia untuk naik taraf v2.0.1 setelah komuniti berjaya melepasi Cadangan 11511, di mana blockchain aset digital itu akan berhenti di 12,812,900.

Naik taraf berikut mempunyai beberapa ciri seperti deposit permulaan minimum untuk cadangan tadbir urus yang akan menghalang spam dan sebagainya.

Sehingga berita ini ditulis, harga LUNC berlegar pada paras $0.00008971 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $26 juta sejurus selepas menjunam sehingga $0.00008265 pada 12 May minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat