Kecundang! GBP/USD Kembali Susut Selepas Capai Paras Tertinggi 3 Minggu

217

Jangkaan untuk Pound mengukuh pada dagangan Rabu semalam meleset apabila mata wang Britain itu antara yang memaparkan prestasi tercorot.

Pound dijangkakan untuk mengukuh susulan laporan data inflasi UK yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam dengan angka yang memberangsangkan. Ini menyokong tindakan bank pusat England (BOE) yang telah menaikkan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga pada awal sesi semalam telah meningkat menyentuh paras ketinggian terbaru 3 minggu pada 1.33000.

Namun harga kembali menjunam sekitar 120 pips semula dan susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam membuatkan pelabur waspada untuk isyarat perubahan trend.

Namun, zon 1.32000-1.317000 dilihat menjadi zon sokongan semasa buat harga yang membendung penurunan lebih rendah.

Pun begitu, tidak mustahil untuk harga meneruskan penurunan melepasi zon tersebut dengan pengukuhan lanjut US dolar di penghujung minggu.

Harga bakal kembali semula menuju paras 1.31000 sebelum penurunan yang diteruskan pada pergerakan trend bearish dilihat akan menjejaki semula zon support 1.3000.

Namun jika harga berjaya melonjak semula di atas paras 1.32000, paras ketinggian 1.33000 yang dicapai semalam akan kembali menjadi tumpuan semula untuk harga menguji rintangan tersebut.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan bakal mensasarkan pula ke paras sekitar 1.34000 yang menjadi zon tumpuan pada dagangan awal Mac lalu.

Bacaan laporan data sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dan Amerika Syarikat yang bakal pengaruhi pergerakan Pound dan US dolar di penghujung minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat