Kecundang! Harga Emas Terjun Ke Paras Terlemah Tahun Ini

4,658

Dagangan emas terperosok ke paras terendah sejak Disember 2021 selepas dibenam oleh US dolar yang lebih kuat menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC.

Setelah memaparkan pergerakan mendatar pada awal minggu, emas jatuh mendadak lebih 2% ke sekitar harga $1,763 per auns pada Selasa.

Kejatuhan ini dipengaruhi oleh kebangkitan US dolar yang menembusi paras ketinggian terbaharu 20 tahun, menjadikan emas lebih mahal bagi pemegang mata wang utama lain.

Pada sesi Asia, logam kuning itu dilihat kembali stabil dengan didagangkan pada $1,770 per auns sementara niaga hadapan emas $1,769 per auns.

Emas sepatutnya mendapat manfaat susulan kebimbangan terhadap kemelesetan global yang semakin meningkat, namun disebabkan tekad Federal Reserve (Fed) untuk menangani inflasi dengan menaikkan kadar faedah lebih agresif menyebabkan logam kuning itu merosot.

Minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis akan menunjukkan lebih rincian mengenai langkah dasar monetari Fed seterusnya setelah meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat