Kedudukan Terkini Matawang Dalam Pasaran Eropah, U.S Dolar Kembali Bernafas

129

Matawang U.S dolar mulang mengukuh selepas mencapai paras terendah 1 minggu lalu berbanding matawang utama dalam pasaran Eropah berikutan isu penangguhan reforamsi cukai U.S yang menyebabkan penyusutan matawang U.S dolar.

Matawang U.S dolar mula menyusut apabila laporan Washington Post menunjukkan bahawa ketua Senat Republikan sedang menimbang penangguhan selama setahun implementasi pemotongan cukai korporat bagi mematuhi peraturan Senat.

Berdasarkan rangka pelan The House, cukai korporat akan dipotong dari 35% kepada 20%, tetapi Senat merencanakan untuk menangguhkan perlaksanaan tersebut sehingga 2019.

Kedua-dua pelan potongan cukai tersebut akan menambahkan $1.5trillion bajet defisit keatas U.S dan hutang negara.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sedikit sebanyak 0.02% setakat jam 5.10 petang kepada 94.44.

Matawang euro kekal menyusut berbanding U.S dolar iaitu sebanyak 0.03% kepada 1.1638 setakat jam 5.10 petang. Manakala GBP/USD menyusut sebanyak 0.03% kepada 1.3142.

Berdasarkan laporan Daily Telegraph, perdana menteri Theresa May memberi amaran bahawa beliau tidak memberi sebarang tolenrasi terhadap tindakan-tindak yang cuba menghalanng Brexit dan beliau juga menyatakan tarik dan waktu UK akan keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Beliau mengatatakan pada jam 11 malam 29 Mac 2019, UK akan keluar dariapda EU.

Matawang USD/JPY kekal stabil pada 113.47, manakala USD/CHF mengukuh sebanyak 0.03% kepada 0.9931.

Matawang Australia menyusut sebanyak 0.07% kepada 0.7675 berbanding U.S dolar. Matawang New Zealand menyusut 0.09% kepada 0.6941 berbanding U.S dolar setakat jam 5.10 petang.

Berdasarkan laporan polisi monetari Reserve Bank Australia (RBA) pada hari Jumaat, inflasi dijangka tidak akan mencapai melebihi paras 2% sehingga pertengahan tahun 2019. Kadar faedah mungkin akan dikekalkan rendah sepanjang tahun 2018.

USD/CAD menyusut 0.02% kepada 1.2680 setakat jam 5.10 petang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat