Kedudukan Terkini Matawang Sebelum News Besar FOMC

127

Matawang dolar mengukuh pada hari Rabu dalam pasaran Eropah berikutan tumpuan pada laporan FOMC bagi mendapatkan indikasi berkenaan kadar faedah. Dalam masa yang sama, New Zealand dolar juga mengukuh berikutan data pekerjaan domestik yang kukuh.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.07% kepada 94.52 setakat jam 5.40 petang.

The Fed dijangka tidak akan mengubah kadar faedah pada mesyuarat hari ini nanti, namun pelabur menantikan indikasi adakah The Fed akan meningkatkan kadar faedah pada bulan seperti yang dijangka dan penetapan kadar faedah pada tahun 2018.

Selain itu, pelabur juga memberi tumpuan pada pengumuman calon pilihan Presiden Donald Trump berkenaan calon pengerusi The Fed. Laporan baru-baru ini melaporkan bahawa Trump condong untuk memilih Gabenor Jerome Powell yang dilihat lebih dovish daripada calon lain.

Pengukuhan dollar juga didorong laporan ekonomi U.S yang positif yang membawa indikasi bahawa ekonomi sedang bertumbuh dengan baik.

Keyakinan pengguna meningkat ke paras tertinggi 17 tahun lalu pada bulan Oktober dan pertumbuhan gaji pekerja yang meningkat bagi suku tahun ketiga.

U.S dolar mengukuh berbanding yen, USD/JPY meningkat sebanyak 0.26% kepada 113.95 setakat jam 5.40 p.m.

New Zealand melonjak naik berbanding U.S dolar apabila NZD/USD meningkat sebanyak 1.08% kepada 0.6919 selepas laporan yang dikeluarkan menunjukkan kadar pengangguran berkurangan ke paras terendah 9 tahun lalu iaitu 4.6%.

Matawang kiwi tersebut tertekan sejak akhir-akhir ini kerana kekhuatiran bahawa pelaburan luar negara akan semakin berkurangan berikutan polisi kerajaan gabungan tersebu.

EUR/USD menyusut sebanyak 0.09% iaitu kepada 1.1637 setakat jam 5.40 p.m berikutan laporan European Central Bank (ECB) yang akan memperpanjangkan tempoh pembelian bon sehingga September 2018.

GBP/USD didagangkan pada 1.3300 iaitu peningkatan sebanyak 0.14% berikutan pasaran menjangkakan Bank of England (BoE) akan meningkatkan kadar faedah buat pertama kali selepas 1 dekad pada hari Khamis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat