Kedudukan Terkini Matawang ,U.S Dolar Megukuh Ke Paras Tertinggi 3 Bulan Lalu.

55

Matawang U.S dolar didagangkan menghampiri paras tertinggi 3 bulan lalu berbanding matawang utama pada hari Isinin berikutan jangkaan pasaran bahawa Fed akan meningkatkan kadar faedah pada bulan hadapan dan peningkatan beransur-ansur pada 2018.

Dolar U.S mula melonjak naik selepas mengalami penyusutan pada hari Jumaat berikutan laporan data pekerjaan yang menunjukkan pertumbuhan kadar upah yang perlahan dan data non-farm payrolls (NFP)  kurang daripada jangkaan.

Namun, dolar U.S mula menguat kembali disebabkan laporan data aktiviti sektor perkhidmatan yang memberangsangkan.

Walaupun pertumbuhan kadar upah U.S agak mengecewakan,pasaran masih optimis bahawa kadar upah akan melonjak kembali, ditambah dengan jangkaan bahawa Fed akan meingkatkan kadar faedah pada bulan Disember tahun ini.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh pada awal pembukaan pasaran Asia pada bacaan 94.91 setakat jam 10.05 pagi.

U.S dolar mengukuh berbanding yen sebanyak 0.46% kepada 114.60 setakat jam 10.05 pagi. Manakala Euro mengukuh berbanding US Dolar sebanyak 0.04% kepada 1.1611.

Matawang Sterling mencatat penyusutan terbesar 1 hari berbanding U.S Dolar sejak Jun yang lalu pada minggu lepas, berikutan Bank of England (BoE) meningkatkan kadar faedah buat pertama kali lebih dari 1 dekad. Namun mula mencatat pengukuhan pada awal pagi ini berbanding USD dan kini menyusut sebanyak 0.08% kepada 1.3066 setakat jam 10.05 pagi.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.07% kepada 0.7647.

Terkini pasaran memberi tumpuan pada kemajuan reformasi cukai U.S dan lawatan Presiden Donald Trump ke Asia. Trump membuat kenyataan pada hari ini bahawa beliau akan membincangkan perhubungan dua hala antara Jepun dan U.S.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat