Kegelisahan Fed Terpapar Jelas Dalam Minit Mesyuarat FOMC

624

Federal Reserve AS (Fed) terus melihat ketidakpastian membelenggu prospek ekonomi yang sangat tinggi, di mana hala tuju pemulihan adalah sangat bergantung kepada bagaimana coronavirus dibendung.

Laporan minit mesyuarat yang diterbitkan awal pagi tadi itu juga menunjukkan para pembuat dasar Fed berbelah bahagi tentang bagaimana menerapkan strategi baru untuk dasar monetari pada pertemuan mereka pada bulan September.

Para pembuat dasar telah bersetuju sebulat suara pada bulan Ogos mengenai pendekatan baru yang meluas terhadap dasar monetari dan kebanyakan ahli Fed menyokong dengan memberikan lebih banyak panduan ke hadapan mengenai kadar faedah bank pusat untuk menyusun kerangka baru.

Bank pusat telah mengimplementasikan pendekatan tersebut pada September lalu dengan janji untuk mengekalkan kadar faedah hampir sifar sehingga saaran inflasi 2% dan pekerjaan penuh tercapai.

Susulan itu, para pembuat dasar juga membincangkan mengenai pelbagai isu yang berkaitan selain turut memberikan kejelasan lebih besar mengenai rancangan Fed, di mana beberapa ahli Fed bersetuju untuk mendorong inflasi melebihi 2% sementara ada segelintir yang berpendapat bahawa pelan itu hanya membantu sedikit pemulihan ekonomi.

Minit mesyuarat tersebut juga menunjukkan kebimbangan Fed terhadap inflasi dunia yang lemah serta kemungkinan bahawa pentadbiran Trump dan Kongres dalam memberikan sokongan fiskal seperti mana yang diinginkan bank pusat dan mengancam proses pemulihan ekonomi AS.

Walau bagaimanapun, Fed berpandangan bahawa pemulihan dalam aktiviti ekonomi pulih dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan daripada kejatuhan yang dialami pada suku kedua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat