Kejadian Serangan di Berlin dan Ankara Memberi Sokongan Berterusan Kepada US Dollar

51

Australia didagang stabil berbanding matawang US Dollar pada Rabu, sementara New Zealand Dollar dinilai tinggi dalam sesi ini walaupun kejadian dua serangan berasingan di Ankara dan Berlin terus menyokong permintaan bagi matawang US Dollar.

AUD/USD berubah sedikit kepada 0.7260 daripada nilai terendah dalam tempoh 6 bulan iaitu 0.7250.

AUD/USD, 30 Minit

Sentimen pasaran sedikit terjejas apabila Duta Russia ke Turki iaitu Andrei Karlov ditembak mati ketika menyampaikan uacapan di dalam sebuah galeri seni yang terletak di ibu negara Turki semalam.

Selang beberapa jam kemudian, satu kejadian lain pula dilaporkan di Berlin sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh serta 50 orang yang lain cedera.

NZD/USD meningkat sebanyak 0.20% dalam sesi ini.

NZD/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, matawang Amerika kekal menguat selepas Fed menaikkan kadar minggu lepas sebanyak 25 mata asas dan tiga lagi unjuran kenaikan kadar bagi tahun 2017.

US Dollar Index yang mengukur US Dollar pula kali terakhir dinilai pada 103.13, menurun sebanyak 0.14 peratus.

Stok Simpanan Minyak Mentah dijangka Menjunam Lagi!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat