Kejap Naik, Kejap Turun? Main-Main Pulak Bursa Hujung Minggu Ini

146

Mengikuti prestasi kerugian 3 sesi berturut-turut Wall Street, Bursa Malaysia terus dibuka lemah dengan sentimen negatif kuasai pasaran.

Ulas Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran tempatan dijangka kekal dalam mood berhati-hati dalam trend penurunan berdasarkan prestasi semasa Wall Street.

Sungguhpun begitu firma berasa positif terhadap sektor perbankan, telekomunikasi, solar, pembinaan dan bahan binaan yang dijangka menyaksikan pembelian menjelang Bajet 2023.

Dalam pada itu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) turun 0.96 mata pada 1,438.20 daripada penutupan Khamis pada 1,439.16 dengan pembukaan lemah 0.05 mata pada 1,439.11.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 119 atasi kerugian pada 102, manakala 174 kaunter pula tidak berubah, 2,003 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 76.16 juta unit bernilai RM37.42 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd susut 1 sen pada RM4.38, Petronas Chemicals Group Bhd turun 4 sen pada RM8.46, IHH Healthcare Bhd turun 5 sen pada RM5.95 sementara Maybank raih 1 sen pada RM8.72 dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM5.38.

Saham aktif memperlihatkan Resintech Bhd dan Cnergenz Bhd kumpul 2 sen pada 56 sen dan RM1.04,  Resintech lonjak 0.5 sen pada 15 sen dan Jentayu Sustainables Bhd tambah 1 sen pada 55.5 sen sementara China Automobile Parts Holdings Ltd kekal pada 0.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas lonjak 0.13 mata pada 10,293.68 dan FBM 70 raih 5.5 mata pada 12,559.8 sementara FBMT 100 hilang 4.04 mata pada 10,028.21, FBM Emas Shariah turun 5.20 mata pada 10,353.02 dan FBM ACE jatuh 20.52 mata pada 4,798.13.

Segi sektor, indeks Tenaga pulih 5.22 mata pada 725.09, indeks Perladangan lonjak 6.05 mata pada 6,850.74, indeks Perkhidmatan Kewangan capai 11 mata pada 16,345.45 dan indeks Produk dan Perkhidmatan  raih 0.33 mata pada 174.57.

Sementara itu, ringgit jatuh pada 4.5670/5710 berbanding dolar pada 4.5660/5695 semasa penutupan Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat