Kejatuhan Saham Netflix Beri Tamparan Buat Pasaran Wall Street

312

Penurunan mengejutkan saham Netflix semalam memberi kesan kepada Wall Street yang ditutup dalam keadaan bercampur-campur, sementara hasil bon jatuh selepas melalui sesi yang kukuh sebelum ini.

Wall Street memperlihatkan indeks purata Dow Jones Industrial berakhir tinggi buat kali ke-2 pada 0.71% sementara S&P 500 kekal pada 0.06% dan Nasdaq Composite junam teruk pada 1.22% ekoran laporan penurunan jumlah langganan pengguna oleh gergasi penstriman, Netflix.

Saham di Asia pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun berada pada 27,217.85 setakat pagi ini, sementara indeks meluas saham MSCI seluruh dunia kukuh pada 0.28%.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) jatuh selepas mencapai paras tertinggi 3 tahun ekoran kemunculan pembelian, dengan penanda aras hasil 10 tahun berakhir pada 2.8436% selepas ia mencapai 2.981% semalaman.

Dalam pada itu, Federal Reserve (Fed) yang telah menerbitkan ‘Beige Book‘, pengiraan keadaan ekonomi dari akhir Februari hingga awal April, pada hari Rabu lalu telah memberi bayangan mengenai prospek ekonomi kepada pelabur.

Menurut laporan tersebut keadaan ekonomi berkembang dalam kadar sederhana walaupun perniagaan diapit masalah inflasi yang tinggi dan kekurangan pekerja.

Ekoran itu, Fed dijangka akan meneruskan kenaikan kadar pada mesyuarat seterusnya dalam usaha membendung inflasi di sebalik beberapa pegawai yang bernada lebih hawkish.

Bagi Mary Daly, Presiden Fed San Francisco yang kebiasaannya bernada dovish, beliau juga menyokong kadar faedah semalaman Fed sehingga 2.5% menjelang akhir tahun, seterusnya menggariskan betapa agresif Fed bakal bergerak dalam memerangi inflasi.

Ringkasan mata wang memperlihatkan dolar sedikit berundur selepas ia mencecah paras tertinggi baru dalam 2 dekad kepada Yen, hasil rangsangan langkah dasar kadar faedah ultra-longgar oleh Bank of Japan (BOJ).

Indeks dolar yang menjejaki sejumlah 6 mata wang lain turun 0.64% pada 100.311.

Spot emas pula naik 0.4% pada $1,956.80 per auns selepas ia mencapai paras terendah dalam seminggu ekoran hasil bon menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat