Kejuruteraan Asastera Ikat Perjanjian Untuk Ceburi Perniagaan Pengedaran Robotik

221

Penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal Kejuruteraan Asastera Bhd meterai perjanjian terma dalam usaha untuk menceburi perniagaan pengedaran robotik.

Perjanjian tersebut akan dilaksanakan bersama YL Global Ventures Sdn Bhd (YLGV) yang akan menyaksikan penggabungan syarikat JV bernama KAB Robotic and Automation Solutions Sdn Bhd.

Ia juga akan meliputi jumlah modal ekuiti awal sebanyak RM100,000 dan modal saham selanjutnya yang akan disimpan maksimum RM2 juta.

Di bawah JV, Kejuruteraan Asastera akan memiliki 70% saham dalam KAB Robotik manakala YLGV bakal memperoleh baki 30%.

Melalui kerjasama berkenaan mereka akan bersama-sama mencari peluang perniagaan bagi menubuhkan dan mengembangkan hab robotik pertama di Malaysia.

Ekoran daripada itu ia bakal memanfaatkan hak pengedaran tunggal YLGV dengan OTSAW Technology Pte Ltd dan penyelesaian robotik proprietari.

JV merupakan usaha perniagaan baharu Kejuruteraan Asastera untuk berkembang menjadi perniagaan penyelesaian robotik dan mengembangkan bahagian perniagaan elektrik dan kejuruteraan yang ada.

Pada 4.15 petang, harga saham Kejuruteraan Asastera kekal tidak berubah kepada RM0.38 dengan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM643.03 dan 26.72 juta saham bertukar tangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat