Kejutan Ekonomi Dalam Jangkauan, Pengarah IMF Nasihatkan Agar Siap Siaga!

449

Pengarah IMF Kristalina Georgieva pada hari ini telah memberi sekelumit pandangan mengenai keadaan ekonomi global. Beliau menasihatkan agar pemimpin kewangan global bersiap sedia dan santai dalam melawan pelbagai serangan tekanan inflasi.

Georgieva memberitahu Reuters di luar mesyuarat menteri kewangan dan gabenor bank pusat G7 di Jerman bahawa adalah semakin sukar bagi bank pusat untuk menurunkan inflasi tanpa berhadapan dengan kemelesetan ekonomi, disebabkan tekanan yang semakin meningkat ke atas tenaga dan harga makanan daripada perang Rusia di Ukraine, langkah sifar Covid-19 di China yang telah mengurangkan pengeluaran dengan penutupan ekonomi, dan keperluan untuk menyusun semula rantaian bekalan untuk menjadikannya lebih berdaya tahan.

Dalam salah satu kenyataan, beliau menyatakan bahawa, ‘saya fikir apa yang diperlukan adalah untuk menjadi lebih bersiap sedia kerana boleh jadi ia bukan kejutan terkahir. Beliau juga menasihatkan agar berhenti melihat inflasi sebagai suatu yang sementara yang pada awalnya didorong oleh penularan wabak Covid-19.

Walaubagaimanapun beliau juga menzahir sikap optimis dengan perjanjian G7 yang bertindak menyediakan pembiayaan bajet untuk Ukraine boleh dicapai dan boleh membantu negara itu mengelakkan hiperinflasi.

Justeru mesyuarat tersebut menjadikan topik perbincangan adalah mengenai pembiayaan dan masa yang sesuai menjadi tumpuan utama bagi mengelakkan kelewatan yang mungkin mendorong negara ke dalam pembiayaan monetari, di mana bank pusatnya membiayai kerajaan dengan berkesan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat