Kejutan Inflasi, Emas Kembali Bernafas!

1,276

Harga emas bertahan pada keuntungan semalaman berikutan penurunan dalam hasil bon dan US dolar susulan penerbitan data yang menunjukkan kenaikan harga penggunaan AS melambat pada bulan Julai.

Pada sesi Asia, spot emas sedikit berubah di sekitar harga $1,749 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,750 per auns.

Walaupun emas sepatutnya menurun disebabkan perlambatan yang dipamerkan inflasi AS, tetapi ia masih berada pada paras tertinggi 13 tahun dan terdapat tanda-tanda awal bahawa ia telah mencapai kemuncak harganya.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun dan matawang US dolar merosot susulan data tersebut, yang mana ia telah meredakan kebimbangan mengenai pengurangan rangsangan monetari lebih awal oleh Federal Reserve (Fed).

Bagaimanapun, ini mungkin akan memberi sokongan sementara buat emas memandangkan kebanyakan pembuat dasar Fed terus memberi kenyataan hawkish untuk melakukan pengurangan pembelian bon mereka.

Ini susulan kenyataan Fed Esther George yang mengatakan waktunya telah tiba untuk menarik semula rangsangan, dan Robert Kaplan pula menyatakan bank pusat harus mengumumkan garis masa untuk mengurangkan pembelian bon besar-besaran bulan depan dan mula menurunkannya pada bulan Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat