Kekal Mendatar! Pelabur Masih Cari Arah EUR/USD Yang Lebih Jelas

236

Pasaran tampaknya masih tidak menentu berikutan Perdana Menteri Perancis iaitu Jean Castex telah mengumumkan sekatan di negara itu yang serba sedikit mempengaruhi pergerakan matawang Euro.

Walau bagaimanapun, matawang USD kekal tidak berupaya untuk kembali bersinar di kala langkah itu susulan terus dihantui oleh permintaan yang makin berkurang terhadapnya angkara sentimen risk-on.

Penganalisis berpendapat bahawa USD berkemungkinan akan kembali dirangsang untuk mengekalkan kedudukan sebagai raja matawang sejajar dengan kenyataan hawkish daripada Federal Reserve (Fed).

Harga pada carta pasangan matawang EUR/USD tampaknya menyaksikan pergerakan ekstrem setelah harga pamer rentak mendatar yang agak ganas untuk terus kekal berlegar pada zon tumpuan 1.13000.

Yakni zon 1.13000 dilihat masih merupakan benteng paling sukar untuk ditembusi susulan harga turut kelihatan melonjak semula pada sesi dagangan Isnin sebelum menutup pasaran dengan candle bullish.

Namun pergerakan harga nampaknya telah pun memulakan rentak pada awal sesi Asia hari ini (Selasa) dengan mempamer aksi junaman sekitar 15 pips yang seakan ingin kembali menguji trendline support.

Keadaan ini tentunya boleh diambil kira dalam menjangkakan bahawa harga mungkin bakal sekali lagi menyentuh zon RBS (resistance become support) 1.13000 dan akan dinilai untuk petunjuk berikutnya.

Tetapi andai kata pergerakan harga kekal meneruskan corak kejatuhan yang lebih agresif, maka paras sokongan pada 1.12650 berkebarangkalian akan menjadi sasaran pertama yang bakal dicecah semula.

Manakala paras rintangan sekitar 1.13600-1.13500 yang juga paras tertinggi 4 minggu mungkin bakal kembali dicapai sekiranya harga menyerlahkan semula prestasi cemerlang dalam membuat kenaikan.

Kenaikan seterusnya sama sekali berkemungkinanan akan menyokong pergerakan harga terus menaik yang dijangka mampu menuju ke zon 1.14000 serta sekali gus akan memberi isyarat awal trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat